PENGENALAN
Kognisi merupakan proses intlektual seperti persepsi, taakulan, ingatan pemikiran dan bahasa. Dimana maklumat adalah diperolehi ditranformasi, disimpan diambil kembali digunakkan
Konsep kognisi mempunyai tiga perkara
Kognisi adalah memproses maklumat
- Maklumat merupakan bahan kognisi.
- Maklumat ini diperolehi, ditransformasi, disimpan dan digunakkan
- Maklumat ini ditangani dalam bentuk kategori atau konsep
Kognisi adalah aktif. Maklumat yang dunia berikan kepada kta secara aktifnya diubah, disimpan dan diguna dalam proses kognisi. Dalam kognisi maklumat adalah
- Diperolehi melalui organ deria
- Ditranformasikan melalui proses pentafsiran persepsi dan pemikiran
- Disimpan dan didapatkan kembali melalui proses ingatan
- Digunakkan dalam menyelesaikan masalah dan bahasa.
Kognisi adalah berguna
- Kognisi mempunyai fungsi
- Kita berfikir kerana terdapat sesuatu yang kita faham
- Manusia menggunakan kognisi untuk terus hidup secara fizikal dan untuk hidup dalam dunia sosial.
Apabila kita berfikir kita menggunakan salah satu atau gabungan ketiga-tiga kompenen kognisi ini iaitu bahasa, imej dan konsep.
Bahasa
Merupakan kod simbol (lambang) yang digunakan dalam komunikasi membolehkan kita meluah atau mengkomunikasikan idea, pemikiran dan perasaan kita. Secara ringkas tentang perkara yang berkaitan dengan bahasa.
- Semantik
Merujuk kepada makna yang dikomunikasi oleh sesuatu bahasa itu
- Fonem
Fonem adalah bunyi sesuatu bahasa yang membezakan diantara satu perkataan dengan perkataan yang lain
- Morfem
Morfem adalah unit terkecil yang mempunyai makna dalam bahasa.
Kompenen asas kognisi
Konsep merupakan unit asas pemikiran. Tegasnya konsep adalah penting kerana
- Konsep membolehkan kita membuat generalisasi.
- Konsep membolehkan kita mengaitkan pengalamn dan objek
- Konsep berperanan melicin atau mempermudahkan putaran ingatan, membolehkan nya menjadi lebih cekap agar kita tidak perlu lagi mencari bahan pada setiap kali kita ditemukan dengan maklumat.
- Konsep juga memberikan klu bagaimana untuk betindak balas terhadap objek dan pengalaman tertentu.
Konsep
- Imej mental adalah perlambangan minda dalam bentuk objek atau peristiwa yang dilambangkan.
- Imej membolehkan kita berfikir tentang benda dengan tidak menggunakan bahasa.
- Imej bukan sahaja perlambangan dalam bentuk penglihatan, kemampuan untuk mendengar sesuatu nada juga bergantung kepada imej mental ini.
- Pelambangan imej mental ini mempunyai sifat-sifat seperti sifat-sifat persepsi sebenar terhadap sesuatu objek yang dilambangkan.
Imej mental
Konsep, bahasa dan imej adalah asas kepada kemahiran kognitif lain iaitu penyelesaian masalah. Contohya adalah tidak mungkin bagi kita mampu menyelesaikan masalah tanpa menggunakan konsep. Fikirkan sahaja ketika kita sedang memandu kenderaan , tanda dan tunjuk arah jalan raya memberi tahu kita sama ada untuk berhenti, memberi laluan kepada kenderaan lain, boleh memotong atau memberhentikan kenderaan.
Penyelesaian masalah
- Mengenal pasti masalah
- Bentuk strategi penyelesaian masalah yang baik
Submatlamat
bentukan matlamat yang terdekat atau definisikan masalah-masalah pertengahan yang meletakan kita dalam kedudukan yang lebih baik untuk mencapai matlamat akhir.
Algoritma
Algoritma adalah strategi yang memastikan satu penyelesaian kepada sesuatu masalah. Algoritma boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti formula, arahan atau percubaan untuk kesemua kemungkinan penyelesaian.
Heuristik
Merupakan strategi atau garis panduan yang mencadangkan penyelesaian kepada masalah tetapi tidak menjanjikan sesuatu jawapan.
Menilai Penyelesaian
Setelah kita merasa bahawa kita telah dapat menyelesaikan sesuatu masalah kita sebenarnya tidak mengetahui sejauh mana keberkesan penyelesaian itu sehingga ianya benar-benar menyelesaikan masalah tersebut.
Memikirkan semula dan mendefinisikan semula masalah dan penyelesaian dari masa ke semasa.
Langkah-langkah penyelesaian masalah
Antara halangan tersebut ialah menjadi terlekat, dan tidak secukupnya terdorong atau tidak mengawal emosi.
- Menjadi terlekat
Dua jenis lekatan telah dikemukakan
Lekatan Fungsional
Merujuk kepada sesorang gagal untuk menyelesaikan satu masalah kerana terlekat tidak mahu berubah dengan pengetahuan fungsi kegunaan objek.
Set Mental
Merujuk kepada seseorang cuba untuk menyelesaikan masalah melalui cara tertentu yang didapatinya bekesan pada masa yang lalu.
- Motivasi dan Emosi
Mereka yang mahir menyelesaikan masalah dan dapat mengawal emosi adalah mempunyai motivasi yang tinggi.
Halangan-halangan dalam penyelesaian masalah?
- Asas pengetahuan
- Kawasan ingatan
- Strategi
- Amalan yang berhati-hati
OLEH :
- SITI NURHAWA BT AWANG IBRAHIM
- SALMIZA BT SAPILIN
- SITI FAUZIAH
- NUR AIN
Group 07
No comments:
Post a Comment